Putarkan masa. /
0 comments (+)
Seronoknya, kalau boleh ku putarkan masa. Akanku kembali ke dunia kecilku. Sewaktu semuanya ibu yang sediakan. Akanku pinta ibu menyisir rambutku tiap waktu, akanku rayu ibu menyuapku makan, akanku ajak ibu mandi bersama. Supaya aku mengerti tiap masa itu adalah emas.
Pagi. /
0 comments (+)
Angin bayu menyapa diriku, nyaman. Aku melemparkan
pandanganku ke taman permainan yang berada tidak jauh dari rumahku, tidak
sampai satu minit pun untuk ke situ. Mataku menjeling sepasang burung pipit
yang riuh berkicauan. Aku tidak mengerti bual bicara mereka. Tapi aku pasti
mereka sedang menikmati suasana ini sepertimana aku menikmatinya. Aku menguntum
senyuman seraya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan pancaindera yang
sempurna.
Suram /
0 comments (+)
Permulaan sahaja. /
0 comments (+)
Salam.